Isnin, 22 Oktober 2012



KURIKULUM STANDARD PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia
dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di
dunia dan di akhirat.
OBJEKTIF
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:
i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;
ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
iii. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;
v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan;
vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam;
vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda;
viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan